Suka  0 

MENGENAI KAMI

 

Zuki Catering berpengalaman lebih daripada 10 tahun yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang diusahakan oleh Hajjah Afifah bt. Amaran dan dibantu oleh Haji Mad Ruzukhi bin Ismail. Syarikat kami diselenggarakan oleh pekerja-pekerja yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan.

Tenaga kerja Zuki Catering sangat berpengalaman dalam menyediakan hidangan Tradisional Melayu, Makanan Barat, Makanan Vegetarian dan Makanan Ala Cina. Selain mempunyai kepakaran dalam bidang katering dan penyediaan makanan, kami juga mempunyai kepakaran tenaga kerja dalam bidang perkhidmatan kanopi, hiasan dan pengurusan kedudukan dalam dewan banquet, gubahan bunga, PA sistem dan khidmat DJ untuk Majlis Perkahwinan anda.

MISI

Misi utama kami adalah untuk mengurangkan kekusutan para pelanggan kami dalam menjayakan majlis yang dihajati mereka. Disamping itu, syarikat kami juga sangat menitikberatkan tentang ketepatan masa dan juga kualiti sajian yang dihidangkan.

KENAPA ZUKI CATERING

Apa yang membezakan kami dengan syarikat-syarikat katering lain ialah kami ada menyediakan makanan bagi golongan vegetarian dan sangat menitikberatkan aspek penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, penjagaan kualiti, perancangan majlis dan logistik, penyusunan tenaga kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perancangan majlis.

INSPIRASI KAMI

Setiap kata-kata terima kasih daripada pelanggan menjadi sumber inspirasi untuk kami memajukan lagi bidang perkhidmatan yang kami sediakan. Kami turut berasa gembira dan bangga apabila sesebuah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang. Ia menjadi satu kebanggaan bagi kami apabila dapat memenuhi permintaan para pelanggan.

Senarai pelanggan korporat:

  • Kementerian Kewangan
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Pelancongan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  • Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
  • Kolej Komuniti Hulu Langat
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hospital Seberang Jaya
  • Hospital Kajang
  • Hospital Serdang
  • Hospital Ampang
  • Pos Malaysia Berhad
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (PKWKM)
  • Kementerian Sains, Teknologi & Innovasi (MOSTI)

Zuki Catering

Zuki Catering menawarkan perkhidmatan catering, kanopi, setting dalam dewan banquet, gubahan bunga, pelamin, photographer, PA sistem dan khidmat DJ. Wedding one-stop center - Pakej lengkap perkahwinan, kambing golek, katering korporat & majlis kerajaan. Perkhidmatan kami di Kuala Lumpur, Selangor, Kajang, Ampang, Bangi, Putrajaya, Nilai, Cyberjaya, Cheras.

Bookmark and Share
Zuki Catering (M)019-2666559 / (F)03-87365242 enquiry@zukicatering.com